PETALING JAYA: Negara dijangka mempunyai 7.8 juta warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas menjelang tahun 2050 dengan 600,000 atau 7.6 peratus daripada mereka bakal menderita akibat penyakit demensia. Individu yang menghidap demensia mempunyai masalah berkaitan memori sukar berfikir selain terpaksa bergantung kepada orang lain untuk menguruskan kehidupan harian. Alzheimer pula ialah salah satu jenis demensia yang mempengaruhi memori, keupayaan seseorang untuk berfikir dan juga tingkah laku seseorang…