KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengeluarkan lebih 5,000 notis kesalahan merokok di tempat awam dengan kompaun lebih RM1 juta melalui Ops Gomo Asap yang dilaksanakan sejak awal Januari 2023 lalu. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, semua kesalahan itu dikesan melalui 1,547 operasi yang dilaksanakan di lapan daerah sepanjang tempoh tersebut. Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 3,022 notis kesalahan dikeluarkan di tempat makan yang…