KUALA SELANGOR: Kedegilan 11 pengusaha burung walit menimbulkan kacau ganggu bunyi di Pusat Perniagaan Bestari Jaya dan Taman Ijok Utama di sini, sejak setahun lalu mengundang padah apabila digempur pihak berkuasa kelmarin. Serbuan bermula pukul 9 pagi itu dijalankan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) selepas notis amaran terakhir yang dikeluarkan bulan lalu gagal dipatuhi pemilik premis tersebut. Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, operasi itu dilakukan hasil…