Wanita tawar seks guna WhatsApp didenda RM2,500

Wanita tawar seks guna WhatsApp didenda RM2,500

Rohayu Yusof dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melacur. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang wanita didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menjalankan aktiviti pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp di sebuah hotel, minggu lalu.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan salah tertuduh, Rohayu Yusof, 39, sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, ibu kepada tiga cahaya mata itu dituduh mencari langganan bagi maksud persundalan.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 9.40 malam di bilik sebuah hotel di Jalan Laksamana Cheng Ho dalam daerah Melaka Tengah pada 11 Januari 2024.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau keduanya sekali mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah susulan maklumat, pemerhatian dan penyamaran sebagai pelanggan di hotel berkenaan.

Polis turut merampas antaranya lima keping kondom, minyak pelincir, tisu, tuala, dan wang tunai RM150 disyaki hasil kegiatan pelacuran.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Haqim Zamri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Peguam Nuradzlyn Sharmine Azrin Sham merayu hukuman denda minimum dengan alasan anak guamnya telah insaf selain faktor kesempitan hidup untuk membesarkan tiga anak berusia 13, sembilan dan empat tahun menyebabkan tertuduh melakukan kesalahan itu.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya