UMNO perlu bertegas dengan DAP, jangan ganggu sensitiviti umat Islam - Utusan Malaysia

UMNO perlu bertegas dengan DAP, jangan ganggu sensitiviti umat Islam

MOHD. Shukri Ramli ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu 2024 di Dewan 2020, Kangar, Perlis malam tadi.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: UMNO perlu bertegas di atas keceluparan pemimpin DAP yang dilihat cuba untuk menganggu-gugat sensitiviti umat Islam di negara ini.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, cadangan dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham sebelum ini perlu disiasat berikutan mempunyai unsur 3R iaitu raja (royalty), agama (religion) dan kaum (race).

Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said juga perlu tampil ke depan bagi memperjuangkan mengenai perkara itu.

“Azalina yang sebelum ini terlalu lantang perlu tampil ke depan dan menjadi ‘hero’ buat umat Islam dan Melayu di Malaysia dalam hal ini.

“Cadangan ini sepatutnya disiasat kerana mempunyai unsur 3R walaupun pihak terlibat telah meminta maaf,” katanya selepas Majlis Sambutan Tahun Baru 2024 di Dewan 2020, di sini, malam tadi.

Mohd Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Koo Ham yang dilaporkan menyarankan agar kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam, yang ditubuhkan awal bulan ini.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Koo Ham bagaimanapun memohon maaf atas cadangannya itu atas alasan beliau langsung tidak berniat masuk campur dalam hal ehwal agama Islam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam supaya menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, buat masa ini, parti-parti sekutu DAP juga tidak lantang bersuara bagi menggesa Koo Ham memohon ampun kepada Raja-Raja Melayu di atas cadangannya itu.

“Saya harap mereka akan bertindak cepat supaya menggesa pemimpin DAP ini memohon ampun kepada Raja-Raja Melayu selaku ketua agama di setiap negeri di atas cadangannya itu.

“Saya amat kesal dengan apa yang berlaku ini dan jika kita tengok balik sejarah, orang Islam tak pernah menganggu agama lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya