Terlepas cabutan bertuah BMW F30 punca wanita buat kecoh

Terlepas cabutan bertuah BMW F30 punca wanita buat kecoh

TANGKAP layar menerusi perkongsian di TikTok @hang.pi.mana
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekecohan berlaku di sebuah karnival apabila seorang wanita terlambat mengaku dirinya sebagai pemegang nombor cabutan bertuah dan terlepas memenangi hadiah eksklusif, kereta berjenama BMW F30.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, kelihatan wanita tersebut tampil ke pentas dan merayu agar pihak penganjur memberikan peluang kepadanya namun permintaannya ditolak.

Difahamkan, pihak penganjur sudah beberapa kali memanggil nombor cabutan tersebut namun tidak ada pemilik yang memunculkan diri walaupun masa dilanjutkan sehingga 10 minit.

Rakaman video turut menunjukkan pengacara karnival jelajah negeri di Pavilion Perda, Pulau Pinang itu terpaksa memberitahu wanita berkenaan bahawa penyertaannya telah terbatal.

Namun, wanita tersebut tetap tidak berputus asa sehingga beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) cuba membawanya pergi daripada kawasan pentas.

Berikutan itu, pihak penganjur karnival memutuskan untuk memberikan saguhati sebanyak RM1,000 kepada wanita tersebut bagi menjernihkan keadaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati wanita tersebut supaya bersyukur dan menerima keputusan yang telah dibuat.

“Rezeki sudah tertulis kak. Kalau bukan rezeki, buat macam mana pun tetap tak dapat,” komen @apithariz

“Ada hikmah kenapa tak dapat tu. Tak perlu nak tambah beban, kos penyelenggaraan kereta tu tinggi kak. Kalau orang senang dan mampu tak apa. Biar jelah. Rezeki orang lain” tulis @honey_karim,

Video berkenaan telah tular dalam media sosial dan menerima tontonan sebanyak 147,600, 136 komen dan 2,966 tanda suka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN