PORT DICKSON: Sarjan Mazlan Abdul Rahman, 35, tidak memikirkan soal kematian ketika terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang untuk menyelamatkan dua individu pada 15 Januari lalu. Beliau yang dinaikkan ke pangkat sarjan semalam berkata, selain sifat berani yang diterapkan dalam latihan ketenteraan, hafalan surah al-Mulk yang sering diingatkan oleh ibunya menyebabkan dia tidak takut menghadapi kematian. “Masa terjun tu tak fikir apa-apa. Mak saya selalu pesan hafal surah al-Mulk…










