SPRM beku akaun milik 'Tan Sri' bernilai puluhan juta ringgit

SPRM beku akaun milik ‘Tan Sri’ bernilai puluhan juta ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa akaun persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan sejak Julai tahun lalu.

Menurut sumber, pembekuan itu susulan siasatan SPRM terhadap ahli perniagaan berkaitan kes berkenaan.

Sumber berkata, SPRM sebelum ini turut menyerbu kediaman dan syarikat seorang ahli perniagaan yang berusia 70-an itu serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan yang dapat membantu siasatan.

Katanya, SPRM juga mengambil keterangan beberapa keterangan saksi penting agensi kerajaan terbabit dan individu daripada syarikat yang mendapat perolehan membekal serta menguruskan kenderaan Kerajaan Malaysia.

“Lebih 100 akaun persendirian dan syarikat bernilai jutaan ringgit yang berada di bawah kawalan Tan Sri berkenaan dianalisis bagi melihat trend pemindahan wang kepada individu tertentu.

“Daripada jumlah itu, SPRM membekukan beberapa akaun yang jumlahnya dianggarkan puluhan juta ringgit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan pembekuan akaun tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN