Siasat dakwaan parti terima dana kartel dadah

Siasat dakwaan parti terima dana kartel dadah

ZULKARNAIN Mahdar hadir membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memohon pihak berkuasa untuk menyiasat kesahihan dakwaan membabitkan sebuah parti di Sabah yang kononnya menerima dana daripada kartel dadah.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, pertubuhan itu bertindak sebagai orang tengah dalam isu tersebut dengan tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar satu siasatan lanjut dapat dilaksanakan.

Jelasnya, sejak beberapa minggu lalu, isu berkenaan menjadi perbualan hangat di laman sosial terutamanya membabitkan rakyat di negeri tersebut.

“Kami meminta pihak berkuasa untuk menyiasat sama ada betul atau tidak dakwaan pihak tertentu kerana isu ini menjadi perdebatan umum dalam kalangan penduduk Sabah. Adakah benar parti berkenaan ada menerima dana dan betul kah pejabat operasi mereka juga dimiliki oleh kartel dadah?

“Kami menjadi orang tengah dengan pergi ke balai polis dan SPRM bagi meminta kedua-dua agensi ini untuk menyiasat tuduhan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

“Saya ini hanya bercakap bagi pihak rakyat Sabah yang ingin mengetahui sama ada betul atau tidak membabitkan pemberian dana. Tidak ada isu menuduh di sini kerana kita bukan menuduh tetapi kita cuma ingin tahu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Katanya, satu laporan polis juga dibuat membabitkan isu sama di Kota Kinabalu, Sabah pada 4 Januari lalu.

Selain itu, beliau turut mengesahkan menerima surat tuntutan (LOD) daripada parti berkenaan serta bakal berdepan dengan tindakan saman RM100 juta.

Kelmarin, media melaporkan Zulkarnain bakal berdepan tindakan saman RM100 juta kerana mendakwa Parti Warisan Sepanggar menerima dana daripada kartel dadah.

Ketua Penerangan Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, beliau akan berbuat demikian jika Zulkarnain tidak menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan itu dan memohon maaf dalam tempoh tujuh hari selepas pihaknya mengeluarkan LOD.

Sebelum ini pada 26 Disember lalu, media melaporkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah yang disyaki mula beroperasi sejak 2015. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya