Azam Baki fail saman fitnah terhadap Albert Tei

Azam Baki fail saman fitnah terhadap Albert Tei

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memfailkan saman fitnah terhadap ahli perniagaan, Albert Tei.

Firma guaman Tetuan Zain Megat & Murad berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, Selangor semalam.

Katanya, tindakan itu dibuat susulan penerbitan dan penerbitan semula kenyataan Azam yang didakwa palsu dan berunsur fitnah menerusi audio siar (podcast), YouTube dan platform dalam talian lain.

Menurutnya, Azam turut memohon perintah injunksi kekal serta ganti rugi yang akan ditentukan mahkamah.

“Anak guam kami menegaskan bahawa dakwaan-dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar.

“Prosiding ini adalah bagi mempertahankan reputasi dan nama baik beliau yang dibina sepanjang hampir empat dekad dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya tidak akan mengulas lanjut mengenai kes yang kini dalam pertimbangan mahkamah dan meminta semua pihak menghormati proses itu.

Sebelum ini, Albert mengeluarkan beberapa kenyataan terhadap Azam berhubung pertikaian dan siasatan yang berjalan.

Albert mendakwa menjadi mangsa ugutan, susulan cubaan mendedahkan skandal rasuah membabitkan beberapa ahli politik di Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN