Seorang lagi anak bekas PM dipanggil SPRM

Seorang lagi anak bekas PM dipanggil SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ahli perniagaan yang juga anak ketiga kepada seorang bekas Perdana Menteri dipercayai akan hadir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi membantu siasatan.

Keterangan beliau akan diambil di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pagi ini.

Siasatan yang dilakukan oleh SPRM di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Utusan Malaysia difahamkan, keterangan ahli perniagaan ini diambil selepas abangnya juga hadir di SPRM pada 17 Januari lalu.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, siasatan dilakukan SPRM terhadap ahli perniagaan ini dipercayai mempunyai kaitan pegangan saham beliau dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mendapatkan projek kerajaan.

“Syarikat GLC itu dikatakan turut memenangi lesen fabrikasi struktur cari gali sebuah syarikat gergasi petroleum negara yang ketika itu bapanya merupakan Perdana Menteri,” katanya di sini.

Pada 17 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan anak kedua kepada seorang Perdana Menteri dipanggil SPRM berhubung aset bernilai tinggi dimilikinya di luar pesisir.

SPRM dalam kenyataan pada 18 Januari lalu mengesahkan ahli perniagaan itu telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 9.39 pagi untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Satu perintah notis telah disampaikan SPRM kepada beliau untuk melakukan pengisytiharan aset miliknya dalam tempoh 30 hari.

Perintah ini adalah tindakan lanjutan daripada siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Pandora serta aktiviti perniagaannya yang membabitkan penjualan dan pembelian GLC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN