Semua kemudahan awam di lokasi pelancongan perlu sentiasa dijaga baik - Utusan Malaysia

Semua kemudahan awam di lokasi pelancongan perlu sentiasa dijaga baik

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan singgah melawat kawasan ‘Bukit Keteri West Climbing’ yang merupakan salah satu tumpuan peminat sukan ‘rock climbing’ dari seluruh pelusuk dunia dan bertaraf antarabangsa.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Semua kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun swasta dan juga persendirian di negeri ini khususnya bersempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025 hendaklah sentiasa diberi perhatian khusus serta berada dalam keadaan selamat, bersih, teratur dan cantik.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atasnya perlu memberi perhatian serius berkaitan perkara tersebut.

Titah baginda, antaranya ialah seperti tempat makan, tandas, kawasan berehat, ruang solat, aktiviti untuk kanak-kanak, perkhidmatan untuk orang kurang upaya (OKU), kawasan parkir, pengurusan sampah, perparitan dan sebagainya.

“Ia juga wajar untuk ditambah baik dari masa ke semasa untuk memberikan keselesaan kepada semua,” titah baginda selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli bilangan ke-5 bagi tahun 2024 yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Chuping, Perlis.

Program kayuhan sambil menyantuni dan memberi bantuan kepada asnaf terpilih ini merupakan aktiviti rutin Tuanku Syed Faizuddin yang turut melibatkan kehadiran ketua-ketua agensi dan swasta di negeri ini yang turun untuk mengenal pasti golongan yang perlu dibantu.

Baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs turut berkenan untuk menyampaikan bantuan wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli dan beras fidyah kepada asnaf terbabit.

Di akhir program baginda berkenan singgah melawat kawasan ‘Bukit Keteri West Climbing’ yang merupakan salah satu tumpuan peminat sukan ‘rock climbing’ dari seluruh  dunia dan bertaraf antarabangsa.

Menurut Zainol Din dan Muhammad Amirul Baharti daripada komuniti Perlis Climbers yang menyambut keberangkatan baginda, terdapat 63 laluan bagi pendakian di bukit ini yang terdiri daripada pelbagai tahap kesukaran paling mudah sehingga ke paling sukar.

Bukit ini ialah salah satu tumpuan sempena TMPs 2024-2025. Ia juga telah digazetkan sebagai Geotapak Bukit Keteri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya