PETALING JAYA: Kemakmuran dan kestabilan negara menjadi harapan utama rakyat apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerajui negara sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata rakyat Johor juga menyambut baik pelantikan Yang di-Pertuan Agong baharu itu dan berasa bangga, gembira serta mendoakan kesejahteraan baginda. Petugas di sebuah syarikat media, Amirah Ismail, 34, berkata, beliau mengharapkan kemakmuran dan kestabilan…