Anugerah cerminan sumbangan TH

Anugerah cerminan sumbangan TH

ABDUL Rashid Hussain (tengah) bersama penerima anugerah tokoh yang lain selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025 Peringkat Kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), semalam. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain diumumkan sebagai Tokoh Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M pada majlis sambutan yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), semalam.

Katanya, pengiktirafan itu bukan sekadar pencapaian peribadi, sebaliknya cerminan kepada sumbangan besar Tabung Haji dalam membangunkan umat Islam di negara ini.

“Saya tidak menyangka akan menerima anugerah ini, yang pasti, peranan Tabung Haji amat besar dan saya mengakui sumbangan institusi ini menjadi antara faktor utama pemilihan,” katanya.

Anugerah berprestij itu di­sampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang turut menyaksikan beberapa tokoh lain menerima pengiktirafan dalam kategori masing-masing.

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Amin Ka­marulzaman atau Khairul Aming menerima anugerah Usahawan/Teknokrat Berjaya, manakala pelakon Angeline Tan dinobatkan penerima kategori Saudara Baru Cemerlang (Mualaf).

Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation Sdn. Bhd., Muhammad Usamah Zaid Yasin me­nerima kategori Pengkarya/Inovator Kreatif, manakala Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang diberi penghormatan bagi kategori Agamawan/Kepimpinan Dakwah.

Turut menerima anugerah, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Ismail Abdul Ghani (Wira Negara) dan Pegawai Khas (Hal Ehwal Islam) kepada Timbalan Menteri Hal Ehwal Sarawak, Dayang Nur’ Maisarah Abang Abdul Ra­zak (Belia Harapan).

Penerima Anugerah Perda­na menerima wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan, ma­nakala setiap penerima Anugerah Maulidur Rasul menerima RM30,000 berserta trofi dan sijil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN