Polis tahan lelaki, rampas dadah bernilai RM45,900 - Utusan Malaysia

Polis tahan lelaki, rampas dadah bernilai RM45,900

DADAH yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pinji Mewah dI Lahat, Ipoh Selasa lalu. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah bernilai RM45,900 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pinji Mewah, Lahat di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada pukul 11 pagi.

Katanya, pemeriksaan di rumah lelaki itu menjumpai 18 peket plastik lutsinar berisi dadah disyaki eramin 5 dengan anggaran berat 922 gram selain empat peket plastik lutsinar dan satu tiub kaca berisi dadah disyaki methamphetamine seberat 17.20 gram.

“Hasil ujian air kencing terhadap suspek mendapati positif methamphetamine. Suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak November lalu.

“Berdasarkan siasatan, dadah yang dirampas itu dipercayai diedarkan untuk pasaran tempatan iaitu di sekitar Ipoh,” katanya di sini.

Menurut beliau, jumlah dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh lebih 3,000 orang penagih dadah.

“Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan sitaan wang tunai milik suspek berjumlah RM139.

“Suspek direman selama enam hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) akta yang sama,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya