PM tidak arah siasat individu bergelar Tun, keluarga Dr. M

PM tidak arah siasat individu bergelar Tun, keluarga Dr. M

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Perpaduan tidak masuk campur dalam sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas mana-mana individu yang bergelar Tun dan ahli keluarga mereka.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan memberi kebebasan kepada SPRM melakukan sebarang siasatan yang dirasakan wajar dan mengambil sebarang tindakan berlandaskan undang-undang.

Sehubungan itu beliau tidak nampak bagaimana perkara itu perlu dilihat sebagai satu isu politik atau sifat dendam.

“.. itu mungkin timbul dari perasaan diri beliau (Dr. Mahathir) sendiri,” katanya kepada media selepas melancarkan pelan p-hailing Rahmah buat pemandu dan penunggang p-hailing di ibu negara hari ini.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan siasatan SPRM ke atas keluarganya baru-baru ini bermotifkan dendam politik.

Menurut Fahmi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan peribadi untuk siasatan dilakukan.

“Saya ingat Perdana Menteri juga telah beberapa kali berkata ia bukan sesuatu yang bersifat peribadi, dan sekiranya ada sebarang perkara yang melibatkan harta rakyat, wang ringgit rakyat, kerajaan ada hak untuk teliti. Ia terpakai kepada semua pihak, bukan sahaja individu ataupun satu kelompok,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata, bekas Perdana Menteri tersebut perlu terus muhasabah diri dan tidak membuat kenyataan yang tidak berasas.

“Jadi saya sarankan sebagai negarawan beliau harus muhasabah dalam hari-hari senja ini.

“Kita harus meninggalkan satu legasi murni daripada cuma menakut-nakutkan dan keluarkan cerita seperti ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN