RANTAU PANJANG: Kawasan perniagaan di Rantau Panjang kembali meriah apabila peniaga mengambil kesempatan mengadakan pesta jualan lelong selepas kawasan itu ditenggelami banjir minggu lalu. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata peniaga bertindak melelong barangan jualan yang ditenggelami banjir sebelum ini. Pemilik perniagaan Wafa Berkat Enterprise, Nasir Gulbaz, 40, berkata, dia terpaksa melelong barangan di premisnya apabila ada yang sudah rosak akibat terendam banjir. Menurutnya, jualan barangan yang terjejas banjir itu merupakan…










