BENTONG: Sindrom autisme bukan halangan, bahkan menjadi kelebihan buat Ahmad Aizuddin Khairuddin, 35, apabila dianugerahkan bakat oleh Allah SWT menghasilkan lukisan yang begitu sempurna dan boleh memukau sesiapa saja yang melihatnya. Sejak mula melukis bermula usianya dua tahun, Ahmad Aizuddin yang cacat pendengaran dan pertuturan sejak dilahirkan sudah menghasilkan lebih 1,000 karya lukisan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, ibunya, Datin Dr. Nor Haizan Mohd. Sabri berkata, anak ketiganya itu diperkenalkan dengan…










