Isu banjir: Perketat kelulusan projek baharu

Isu banjir: Perketat kelulusan projek baharu

Akhiri perpecahan politik Melayu
AB. HALIM TAMURI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Syarat kelulusan projek baharu di negeri ini disaran diperketatkan dengan memasukkan elemen keupayaan menyerap limpahan air hujan bagi mengelakkan kejadian banjir.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ab Halim Tamuri berkata, kerajaan perlu memastikan penyediaan ruang hijau sebenar di atas tanah dikekalkan, serta memulihkan fungsi asal kawasan tadahan air bagi meningkatkan keupayaan serapan semula jadi.

“Pendekatan perancangan perlu beralih kepada model bandar berdaya serap (sponge city), dengan mengutamakan elemen hijau sebagai infrastruktur asas pengurusan air. Tanpa perubahan dasar ini, peningkatan kapasiti saliran sahaja tidak akan menyelesaikan punca sebenar banjir kilat.

“Penyelesaian berasaskan alam (nature-based solutions) bukan sahaja mengurangkan risiko banjir, malah meningkatkan kualiti hidup bandar, kestabilan ekologi dan daya tahan negeri dalam jangka panjang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan Selangor akan menjalin persefahaman dengan pakar dari luar Belanda bagi membantu mengatasi isu banjir di negeri ini.

Amirudin Shari ketika itu memberitahu, kerajaan negeri sememangnya berhubung dengan pihak itu sejak setahun lalu akan datang pada Mei ini bagi menandatangani persefahaman dengan Kementerian Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Malah, hari ini, beliau dilapor memaklumkan kerajaan negeri akan mengumumkan perincian perancangan kerjasama itu selewat-lewatnya pada Julai ini.

Bagaimanapun, Ab. Halim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras mendakwa tindakan sedemikian mengelirukan dalam menunjukkan hala tuju perancangan mengatasi masalah banjir di negeri ini.

“Tanpa menafikan keperluan untuk meneroka aspek baharu, pengumuman ini tidak menjawab bahkan menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai keupayaan dan hala tuju kerajaan negeri dalam menangani krisis banjir yang semakin mendesak.

“Bagaimana penyelesaian dapat dirangka dengan tepat sekiranya punca kegagalan tidak dikenal pasti dan diakui? Ia berisiko menghasilkan rumusan yang tidak tepat dan penyelesaian yang tersasar daripada masalah sebenar,” jelasnya.

Malah, beliau turut menggesa Menteri Besar dan barisan exconya perlu berjiwa besar dalam mengenal pasti dan mengakui kelemahan yang ada dalam pelan strategi kerajaan negeri mengatasi isu banjir seperti mana yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN