Pengerusi pertubuhan kebajikan ditahan kemuka tuntutan palsu bantuan sekolah - Utusan Malaysia

Pengerusi pertubuhan kebajikan ditahan kemuka tuntutan palsu bantuan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan ditahan di sini, hari ini, setelah disyaki mengemukakan permohonan palsu berkaitan bantuan persekolahan yang tidak wujud bernilai RM5,000.

Penahanan itu dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek wanita berusia 40-an itu disyaki mengemukakan permohonan bantuan program ‘Back to School’ yang mempunyai butir matan palsu kepada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Terengganu.

Menurut sumber, suspek yang juga pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan di negeri ini didakwa mengemukakan tuntutan bantuan berjumlah RM5,000 untuk diagihkan kepada 100 pelajar asnaf yang disenaraikan.

Bagaimanapun, katanya, bantuan berkenaan didakwa tidak pernah diserahkan kepada kesemua senarai penerima malah program ‘Back To School’ itu juga tidak dilangsungkan pertubuhan tersebut.

Sumber juga berkata, suspek wanita itu ditahan di Pejabat SPRM negeri ketika hadir memberi keterangan sekitar 12 tengah hari tadi.

Katanya, suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, esok.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd. Yazid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya