SABAK BERNAM: Pengguna Jalan Tebuk Mufrad menuju ke Jalan Haji Mat Yasin dan Jalan Parit Imun di sini, memohon pihak berkuasa memasang lampu dan membina bonggol bagi meningkatkan keselamatan di selekoh ‘maut’ di kawasan itu. Laluan sepanjang dua kilometer (km) itu didakwa membahayakan kerana kekerapan berlakunya kemalangan sehingga ada yang terkorban. Penduduk, Mohd. Nuri Mokhtar, 62, berkata sebanyak enam kenderaan termasuk seorang maut selepas terhumban ke dalam parit di selekoh…










