Pendapatan Sarawak tertinggi RM13.3 bilion bagi 2023

Pendapatan Sarawak tertinggi RM13.3 bilion bagi 2023 – Abang Johari

ABANG Johari bercakap kepada media selepas hadir Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sebanyak RM13.3 bilion dicatatkan bagi keseluruhan pendapatan negeri Sarawak pada tahun 2023.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jumlah itu antara yang tertinggi pernah dikutip.

“Kenaikan pendapatan daripada RM13.1 bilion sepertimana yang diumumkan beliau sebelum ini adalah susulan dividen tambahan yang diperoleh pada Disember lalu.

“Jumlah tersebut merupakan yang muktamad dan tiada lagi kenaikan untuk tahun 2023 akan diumumkan pada masa yang akan datang,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.

Dalam perkembangan sama, Abang Johari turut membayangkan satu berita baik yang bakal beliau umumkan pada bulan ini kelak.

Menurut beliau, tahun 2024 bakal menyaksikan Sarawak mengambil alih tiga hak autonomi termasuk Pelabuhan Bintulu pada Jun depan sepertimana yang telah diumumkan pada Selasa lalu.

“Namun, terdapat satu lagi tuntutan perkara tersebut adalah pengambilan MASWings kini dalam perbincangan terakhir yang akan diadakan.

“Sudah semestinya yang ketiga ialah MASWings di mana kita akan mengadakan satu perbincangan bagi memuktamadkan keputusan ini dan kita (Sarawak) akan mempunyai satu sistem yang lengkap,” jelas beliau.

Bagaimanapun, Premier Sarawak tidak mengulas lanjut tentang tarikh dan perkara itu sehingga beliau mengumumkan sendiri perkara tersebut hujung bulan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya