NARATHIWAT (THAILAND): Wilayah Narathiwat menjadi destinasi pelancongan baharu di negara Gajah Putih sekali gus bakal memberikan saingan sengit kepada Hatyai. Situasi itu dapat dilihat apabila semakin ramai rakyat Malaysia khususnya dari Kelantan berkunjung ke sini dan jumlah itu meningkat berlipat kali ganda pada hujung minggu serta cuti umum. Kedudukan yang dekat dan hanya mengambil masa 1 jam 30 minit mendorong lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk memandu dengan kenderaan sendiri selain tiada kerenah birokrasi. Seorang pelancong, Saiful Mohamad, 38, berkata, dia memilih Narathiwat disebabkan jaraknya yang dekat dengan sempadan Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya