Murid terjejas banjir boleh hadir ke sekolah berpakaian biasa

Murid terjejas banjir boleh hadir ke sekolah berpakaian biasa

FADHLINA Sidek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kebenaran kepada murid-murid yang terjejas akibat banjir untuk hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sekolah perlu memaklumkan kepada murid-murid yang kediamannya dilanda banjir bahawa mereka boleh hadir menggunakan pakaian biasa, sekiranya kesemua pakaian musnah semasa bencana tersebut.

“Bagi anak-anak yang terjejas dengan banjir yang mana pakaian mereka juga hanyut atau pun hilang hingga menyebabkan mereka tiada pakaian ke sekolah, kita setuju bahawa mereka boleh datang ke sekolah menggunakan pakaian biasa asalkan (mereka) berpakaian, mereka boleh datang dengan pakaian yang sesuai.

“Ini adalah sisi pendidikan manusiawi yang mesti kita ambil kira dalam konteks memastikan akses mereka ke sekolah untuk pendidikan tetap dijamin walaupun mereka terjejas dengan situasi banjir,” katanya menerusi sidang akhbar khas berhubung situasi terkini institusi pendidikan KPM terkesan bencana banjir di sini, hari ini.

Media pada 14 Disember melaporkan, tiga negeri kembali dilanda banjir dengan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor susulan hujan lebat berterusan, manakala di Perak keadaan beransur pulih.

Dalam perkembangan berlainan, Fadhlina meminta supaya semua institusi pendidikan KPM untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan Covid-19 dan jangkitan respiratori lain yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“KKM melalui sidang media khas pada 18 Disember lalu memaklumkan bahawa berlaku peningkatan penularan Covid-19 dalam negara. Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, KPM mengeluarkan surat peringatan kepada semua institusi pendidikan di bawah KPM berhubung perkara ini melalui surat bertarikh 18 Disember,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya