Polis teliti ceramah Nik Muhammad Zawawi

Polis teliti ceramah Nik Muhammad Zawawi

MOHD. KHALID ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneliti kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa menghina sahabat Nabi ketika menyampaikan ceramah politik di Terengganu minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya masih menunggu maklumat lanjut sebelum siasatan serta tindakan lanjut dilakukan.

“Perkara itu masih dalam perhatian dan tindakan kita. Sebarang maklumat berkaitan isu tersebut, kita masih lagi menunggu daripada pihak berkaitan,” katanya pada sidang akbar selepas Majlis Penutupan Program Polis PDRM Special Dialogue 2026 di sini, hari ini. 

Terdahulu tular video memaparkan Nik Muhammad Zawawi mendakwa Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebagai ‘bapa ceti’ yang gemar memeras orang miskin semasa zaman jahiliyah manakala Saidina Umar al-Khattab pula digambarkan sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam. 

Kenyataan itu dipercayai disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, Terengganu pada hujung minggu lalu. 

Bagaimanapun, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu tampil memohon maaf dan mengakui bahawa beliau kurang cermat dalam mengolah serta menyampaikan maklumat ketika program tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN