KOTA BHARU: ‘Mini Dhaka’ di kawasan pekarangan stesen bas Kota Bharu diserbu pihak berkuasa hari ini. Kewujudan kawasan itu yang dimonopoli warga asing terutama dari Bangladesh mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan. Operasi bersepadu seawal pukul 8 pagi itu melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Tinjauan Utusan Malaysia mendapati tindakan itu jelas memberi kejutan kepada…










