MELAKA: Sebuah keluarga yang sedang dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang mengakui, mereka hanya mampu mengucapkan kalimah syahadah ketika menyaksikan kemalangan bas terbakar di Kilometer 198 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, kelmarin. Saksi kepada tragedi yang mengorbankan seorang pelancong dari Chennai, India, Jamaliah Md. Isa, 38, berkata, percikan api jelas kelihatan sebaik sahaja bas malang yang membawa 28 penumpang itu melanggar dan menyeret sebuah motosikal di laluan kiri lebuh raya. Katanya, insiden berlaku terlalu pantas yang mana kereta dinaiki mereka dipandu di lorong tengah baru sahaja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya