Liga Hoki Perak dihidupkan semula - Utusan Malaysia

Liga Hoki Perak dihidupkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selepas empat tahun,  Liga Hoki TNB-MHC Perak diadakan semula.

Kejohanan anjuran Persatuan Hoki Perak (PHP) Edisi Ketiga itu disertai oleh lapan pasukan.

Pengarah Kejohanan PHP, Nor Azmi Safar berkata, pasukan terbabit adalah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Politik Ungku Omar (PUO), Sukma 2024 dan RMN Dolphin yang diundi dalam Kumpulan A.

Manakala Perak Sikh Union (PSU), Kerian Hockey Team (KHT), Anderson dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berada dalam Kumpulan B.

Nor Azmi yang juga Setiausaha PHP berkata, kejohanan itu yang kali terakhir diadakan pada 2019 akan dijalankan secara tahunan selepas ini.

Katanya, juara akan menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan piala pusingan, naib juara meraih RM2,000 manakala tempat ketiga RM1,000 dan keempat RM300.

Sementara itu, MBI seri 3-3 dengan Sukma Perak dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A kejohanan itu yang berlangsung di Stadium Azlan Shah di sini semalam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya