Lelaki cedera kereta jatuh parkir bangunan

Lelaki cedera kereta jatuh parkir bangunan

KEADAAN kenderaan mangsa yang remuk selepas terjatuh dari tingkat dua parkir di Setia Alam, Selangor.-UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Suasana di kawasan sebuah bangunan syarikat di Setia Alam di sini, gempar apabila seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya terjatuh dari tingkat dua parkir premis itu, malam tadi.

 Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu menimpa mangsa tempatan berusia lingkungan 40-an yang memandu kereta jenis BMW.

Difahamkan, mangsa dipercayai melanggar tembok di parkir itu sebelum terjatuh sehingga menyebabkan kereta berkenaan terbalik di kawasan rumput berdekatan.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati lelaki itu berjaya dikeluarkan orang awam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada pihak pengurusan bangunan tersebut.

Jelas beliau, sepasukan empat anggota termasuk pegawai dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikerah dalam operasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi, kereta itu didapati berada di kawasan rumput selepas terjatuh dari tingkat dua parkir berkenaan. Pemeriksaan mendapati mangsa sudah dikeluarkan sebelum ketibaan bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang dipercayai hanya cedera ringan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi rawatan lanjut. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya