Lambakan beras import, beras tempatan pula 'kosong'

Lambakan beras import, beras tempatan pula ‘kosong’

KERAJAAN memperkenalkan beras putih Malaysia Madani yang akan dijual dengan harga RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg). - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Peniaga di pasar Siti Khadijah di sini mendakwa mereka berdepan kesukaran untuk mendapatkan beras tempatan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati berlaku ‘lambakan’ beras import di pasaran ketika ini.

Seorang peniaga Raja Sulaiman Raja Hasan, 60, berkata, sudah beberapa bulan dia berdepan kesukaran untuk mendapatkan stok bekalan beras tempatan.

“Jika sebelum ini saya ada menjual beras tempatan lima dan 10 kilogram (kg), tetapi sekarang tidak dapat jual kerana stok tidak ada.

“Lagi pun, ramai pengguna memilih untuk membeli ‘beras Siam’, walaupun harga sedikit mahal. Jika ada yang ingin beli beras tempatan, saya cadangkan mereka supaya ke pasar raya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Seorang lagi peniaga, Maznah Awang, 62, turut mengakui berdepan kesukaran mendapatkan stok bekalan beras tempatan daripada pembekal.

Katanya, sebelum ini dia ada membuat tempahan namun masih belum menerima stok tersebut sebagai persiapan menghadapi Ramadan tidak lama lagi.

Sementara itu, seorang pengguna, Mariam Awang, 62, berkata, beras tempatan menjadi pilihan utama dia dan keluarga, namun ketika ini dia berdepan kesukaran mendapatkan beras tempatan ekoran ketiadaan bekalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN