KANGAR: Biarpun bidang pekerjaannya tidak begitu popular mahu pun memberi pulangan lumayan, namun seorang pembuat keranda sentiasa bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk berkhidmat ke jalan Allah SWT sekali gus meraih ‘saham’ akhirat. Sejak lebih 20 tahun lalu, Hashim Ahmad, 57, tidak pernah merungut dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawabnya bagi menghasilkan keranda untuk kegunaan pengurusan Masjid Saidina Abu Bakar, Kampung Seberang Ramai, di sini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Hashim berkata,…










