KMJ jambatan istana, rakyat

KMJ jambatan istana, rakyat

SETIAP edisi Kembara Mahkota Johor mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri dengan rakyat pelbagai kaum sanggup berbaris panjang me­nunggu keberangkatan tiba rombongan itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGANJURANNYA sering dinanti-nantikan oleh Bangsa Johor.

Itulah impaknya Kembara Mahkota Johor (KMJ) hasil cetusan idea Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang ketika itu merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Bermula pada tahun 2001, kini KMJ sudah memasuki edisi ke-23 penganjurannya.

Dijadikan program tahunan, setiap edisi KMJ mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri.

Justeru, memang tepat pe­nganjurannya sebagai medium mendekatkan Istana Johor de­ngan rakyat jelata kerana semua acara yang diadakan melibatkan pelbagai pihak dan lapisan masyarakat.

Melayu, Cina, India, Orang Asli serta pelbagai kaum lain sanggup berbaris panjang me­nunggu keberangkatan tiba rombongan KMJ ke sesuatu lokasi program yang dianjurkan.

Penganjuran KMJ juga bukan hanya peluang bagi Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah ibni Almarhum Sultan Idris Shah bertemu rakyat jelata, malah pasangan diraja ber­kenaan turut membawa bersama anakanda serta kerabat yang lain memeriahkan setiap acara.

Malah, pasangan diraja tersebut tidak kekok untuk bersama-sama rakyat menjamah hida­ngan tradisional setiap kaum yang di­sajikan dan menyertai permainan serta acara dianjurkan.

Kembara Mahkota Johor merupakan medium mendekatkan Istana Johor dengan rakyat jelata.

Begitulah dekat pasangan diraja bagi menyantuni rakyat jelata. Inilah cerminan sebenar pepatah ‘raja dan rakyat berpisah tiada’.

Lebih menyentuh hati rakyat, Sultan Ibrahim sanggup berhujan dan berpanas memandu kende­raan pacuan empat roda, bot dan motosikal berkuasa tinggi semata-mata untuk bertemu rakyat jelata yang setia menanti kehadiran baginda di semua program yang dirancang sempena KMJ.

Malah dalam edisi terkini KMJ pada tahun lalu, walaupun ba­ginda masih gering selepas menjalani pembedahan dan menitahkan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail untuk me­mimpin KMJ 2023, namun ba­ginda tetap meluangkan masa menghadiri beberapa program yang dianjurkan.

Nyata jiwa Sultan Ibrahim begitu dekat dan tidak boleh berpisah dengan KMJ.

Edisi KMJ seterusnya pasti amat dinanti-nanti Bangsa Johor.

KMJ kekal sebagai jenama dan jambatan antara Istana Johor dan rakyatnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya