Kerajaan negeri aktifkan 2 pelan kecemasan atasi paip bocor

Kerajaan negeri aktifkan dua pelan kecemasan serentak atasi paip bocor

CHOW Kon Yeow (kiri) meninjau kawasan tapak paip gantian bagi merentasi Sungai Perai di Seberang Perai, Pulau Pinang, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kira-kira 120,000 pengguna air di kawasan Barat Daya dan sebahagian pengguna di Timur Laut perlu bersedia berdepan gangguan bekalan air sekurang-kurangnya tujuh hari sehingga 30 Januari ini sekiranya operasi pembaikan paip bawah air yang bocor di Sungai Perai gagal.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pada masa ini Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang melaksanakan dua pelan tindakan respons kecemasan secara serentak iaitu melibatkan plan A iaitu melaksanakan kerja-kerja mengapit semula saluran paip 1,350mm.

Katanya, pelan B pula melibatkan kerja pembinaan dua saluran paip gantian 600mm baharu merentasi Sungai Perai untuk menggantikan bahagian saluran paip 1,350mm di dasar Sungai Perai yang bocor.

“Jika plan A berjaya ia dapat memulihkan perkhidmatan bekalan air untuk 84 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas menjelang pukul 8 pagi, Jumaat ini ini manakala bakinya pada pukul 8 pagi Sabtu.

“Pelan A ialah penyelesaian sementara untuk memulihkan bekalan air untuk 120,000 pengguna yang terjejas dan ia dapat membolehkan mereka menyimpan air buat sementara sehingga Isnin depan.

‘’Ini kerana PBAPP perlu menutup penyaluran air pada Selasa serta Rabu untuk membolehkan pelan B iaitu kerja-kerja menukar saluran air dari paip dasar Sungai Perai ke dua paip baharu 600 mm merentasi Sungai Perai,” katanya selepas meninjau sambutan Thaipusam di Jalan Macalister di sini semalam.

Untuk rekod, kejadian paip bocor di bawah air di Sungai Perai semalam adalah kali ketiga berlaku selepas dua kejadian paip bocor pada Disember tahun lalu dan 12 Januari lalu.

Ekoran beberapa kejadian paip bocor itu, kerajaan negeri Pulau Pinang melaksanakan kaedah pemasangan paip gantian sementara merentasi Sungai Perai, di Seberang Perai bagi mengatasi masalah saluran paip bawah air yang bocor di sungai berkenaan.

Menurut Kon Yeow, jika plan A itu tidak berjaya dilaksanakan, PBAPP terpaksa melaksana­kan plan B iaitu menghentikan penyaluran bekalan air kepada pengguna sehingga 30 Januari ini.

”Ia untuk mempercepat kerja-kerja kerja-kerja persediaan di tapak untuk pegoperasian dua saluran paip 600mm baharu untuk menggantikan saluran paip bawah air di Sungai Perai.

“Sekiranya pelan B dapat dilaksanakan pengguna akan mula menerima bekalan air pada 31 Januari depan dan pengguna di hujung paip agihan dan kawasan tinggi akan terima bekalan pada 1 Februari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN