Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan mereput

Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan mereput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan sejak 13 Julai lalu berakhir dengan tragedi apabila mangsa ditemukan meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di cerun semak berhampiran sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar, semalam.

Mayat mangsa, Nurjilya Abdullah, 10, ditemukan dalam keadaan telah mereput sehingga wajahnya tidak lagi dapat dikenal pasti.

Susulan penemuan tersebut, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menahan dua lelaki berusia 39 dan 42 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes yang dipercayai mempunyai unsur jenayah itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, pengecaman identiti kemudiannya dibuat oleh ibu mangsa berdasarkan pakaian yang dipakai oleh mangsa ketika dilaporkan hilang.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Nurjilya dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Numbak Bakau, Sepanggar pada 13 Julai lalu sebelum Polis Daerah Kota Kinabalu mengeluarkan hebahan orang hilang bagi mengesannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN