Kadar bayaran haji B40 RM12,356, M40 RM19,152

Kadar bayaran haji B40 RM12,356, M40 RM19,152

haji
ADA jemaah haji Malaysia kini dikatakan terkandas di Mekah selepas pasport mereka dipegang agensi pelancongan sekali gus tidak boleh pulang ke tanah air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kadar bayaran bagi seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356.

Untuk kumpulan M40 pula ditetapkan pada  RM19,152.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman berkata, kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji 1445H/2024M meningkat lapan peratus kepada RM33,300 berbanding RM30,850 pada tahun 1444H/2023M.

haji
SYED HAMADAH SYED OTHMAN

Sehubungan itu, katanya, kadar Bayaran Haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM12,356 seorang.

“Kadar ini telah mengambil kira keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap bakal haji kumpulan B40 di mana Kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 seorang.

“Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan Kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63% daripada kos haji.

“Bayaran Haji bagi bakal haji Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah RM19,152 seorang. Bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42% dari kos keseluruhan kos haji.

Bantuan

Katanya, TH juga akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar untuk bakal haji Muassasah daripada kalangan B40 dan M40 pada tahun ini (1445H/2024M) walaupun terdapat peningkatan kos menunaikan ibadat haji.

Menurut beliau. Kos Haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji 1445H/2024M meningkat 8% kepada RM33,300 berbanding RM30,850 pada tahun 1444H/2023M.

“Sehubungan itu, kadar Bayaran Haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM12,356 seorang.

Kadar ini telah mengambil kira keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap bakal haji kumpulan B40 di mana Kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 seorang.

“Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan Kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63 peratus daripada kos haji.

“Bayaran Haji bagi bakal haji Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah RM19,152 seorang. Bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42 peratus dari kos keseluruhan kos haji.

Kumpulan T20

Syed Hamadah berkata, kumpulan T20 akan dikenakan bayaran penuh kos menunaikan haji iaitu sebanyak RM33,300 seorang.

Katanya, perbelanjaan atau kos menunaikan haji meliputi seluruh rantaian perkhidmatan haji. Ini adalah termasuk penginapan, penerbangan, sajian, visa, perkhidmatan semasa di Tanah Air dan di Tanah Suci termasuk operasi masyair, pengangkutan, kos pengurusan kebajikan serta kesihatan jemaah haji, dan lain-lain kos operasi.

“TH turut terdedah kepada faktor-faktor di luar kawalan seperti peningkatan kadar inflasi, cukai nilai tambah dan caj perkhidmatan di Tanah Suci.

“Bagi Bakal Haji yang membuat rayuan luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah, mereka perlu membayar penuh kos haji melainkan rayuan sebagai mahram kepada jemaah, rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia atau pembantu kepada jemaah kurang upaya yang telah terpilih menunaikan haji.

“Pada tahun 2023, seramai 500 orang jemaah telah menolak bantuan sama ada secara penuh atau sebahagiannya, mencerminkan penghayatan kefahaman konsep istito’ah. TH berharap lebih ramai bakal jemaah kali ini akan menghayati konsep istito’ah dan semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dan mendapat haji yang mabrur,” kata Syed Hamadah.

Katanya, istito’ah merupakan syarat wajib haji meliputi aspek kemampuan kewangan, kesihatan, keselamatan dan terpilih dalam kuota haji. Ini diperjelaskan melalui resolusi-resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan yang menetapkan bakal jemaah haji bertanggungjawab atas perbelanjaan sebenar untuk menunaikan haji.

Kontrak

Dalam usaha mengawal peningkatan kos haji, TH juga telah memeterai perjanjian kontrak jangka panjang membabitkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan beberapa perkhidmatan di Arab Saudi.

“Walaupun berlaku kenaikan kos haji, namun TH tetap mencari kaedah terbaik mengimbangi usaha memberikan perkhidmatan cemerlang demi kebajikan jemaah negara di samping mengekalkan kelestarian kedudukan kewangan,” ujarnya.

Struktur bayaran haji ini, di mana jemaah haji golongan B40 dan M40 menikmati Bantuan Kewangan Haji sehingga 42 peratus dan 60 peratus daripada kos sebenar, akan memberi tekanan terhadap kedudukan kewangan TH.

Sejak 2001, TH telah membelanjakan sejumlah RM2.4 bilion bagi Bantuan Kewangan Haji dan dijangka akan membiayai kos sebanyak RM350.1 juta bagi musim haji 2024.

Berdasarkan kuota yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi, seramai 31,600 orang akan menerima surat tawaran haji berbanding dengan hampir empat (4) juta pendeposit TH yang telah mendaftar dan masih menunggu untuk giliran haji.

Bagi pemilihan bakal haji, TH akan mengutamakan bakal haji yang berbaki pada tahun 1444H/2023 dan mereka yang giliran pada 1445H/2024.

Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan. Rayuan haji melalui platform atas talian THiJARI akan dibuka mulai 26 Januari 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya