Harimau Malaya sedia baham Jordan

Harimau Malaya sedia baham Jordan

KIM Pan Gon bersama Matthew Davies pada sidang akhbar di Doha, Qatar, semalam sempena pertemuan Malaysia menentang Jordan dalam saingan Kumpulan E Piala Asia 2023, esok. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengakui telah merangka strategi terbaik untuk mengecewakan Jordan pada aksi pertama Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub awal pagi esok.

Tambahnya, barisan kejurulatihan memiliki banyak informasi tentang pasukan Jordan dan berdasarkan itu, beliau yakin kejutan mampu dilakar anak-anak buahnya terhadap pasukan kendalian Hussein Ammouta. 

“Tentang Jordan kami memiliki banyak informasi tentang pasukan itu termasuk pemain mereka dan saya buat kesimpulan mereka miliki kekuatan fizikal dan kemahiran individu yang bagus.

“Mereka tidak suka permainan secara ‘build up’ tetapi lebih suka bermain ‘direct’ dan juga miliki serangan balas yang berbahaya. Jadi kami telah mengenal pasti karakter permainan mereka dan sedia untuk merencana perancangan.

“Jadi… kami sangat yakin mampu halang mereka dan memberi kejutan pada mereka pada perlawanan esok (awal pagi Selasa),” katanya dalam sidang media, semalam.

Walaupun atas kertas menyaksikan kelebihan lebih memihak kepada Jordan untuk memenangi perlawanan pertama itu, namun Pan Gon menegaskan, ramalan itu akan diubah oleh pasukannya.

Pertemuan terakhir skuad kebangsaan menentang Jordan adalah pada 6 Oktober 2021 yang menyaksikan Malaysia tewas 0-4, namun kali ini Harimau Malaya dilihat lebih bersedia.

“Jordan memiliki kelebihan berbanding pasukan kita tetapi semua pemain memiliki keyakinan dan bersedia menulis sejarah baharu menewaskan Jordan,” ujarnya.

Malaysia akan membuka tirai Piala Asia dengan bertemu Jordan awal pagi Selasa ini di Stadium Al Janoub diikuti Bahrain (20 Januari) di Stadium Jassim Bin Hamad dan bertemu juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Januari.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik akan layak ke pusingan 16 terbaik yang tidak pernah dicapai pasukan negara dalam tiga penampilan sebelum ini.

Ini adalah kali keempat Malaysia beraksi di Piala Asia selepas layak secara merit pada edisi 1976 di Iran dan 1980 di Kuwait serta ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya