Dua pengedar dadah dicekup di hentian bas

Dua pengedar dadah dicekup di hentian bas

DADAH yang dirampas daripada dua pengedar dadah dalam satu operasi di Hentian Bas Batu 34, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, Pontian, awal pagi kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Dua orang pengedar dadah berjaya dicekup di Hentian Bas Batu 34, Jalan Johor Bahru- Batu Pahat, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohamad Shofee Tayib berkata, seorang lelaki berusia 34 dan seorang wanita berusia 28 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Pontian.

Katanya, turut dirampas bersama dadah jenis heroin seberat kira-kira 315.60 gram.

DUA suspek pengedar dadah yang ditahan polis.

“Polis merampas dua bungkusan plastik berwarna hitam, satu kotak berwarna hitam tertera tulisan GOOD BASS, satu bungkusan plastik warna putih tertera tulisan FRAGILE.

“Lagi barangan yang dirampas ialah satu bungkus beg plastik lutsinar, lima telefon bimbit  pelbagai jenama dan menyita sebuah kereta jenis Volkswagen. Anggaran nilai rampasan dadah berjumlah RM9,468.00,” katanya dalam satu kenyataan disini..

Katanya, semua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke pejabat BSJNDP Pontian untuk tindakan selanjutnya.

Jelas beliau, kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau dan ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis ‘methamphetamine’.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sek 15 (1) (a) ADP 152. Semua suspek telah direman di Mahkamah Majisteret Pontian untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sehubungan Mohamad Shofee menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan membabitkan dadah, segera lapor atau salurkan ke BSJNDP melalui talian 07-6871222 atau melalui media Facebook Polis Daerah Pontian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya