DNAA kes rasuah libat ahli politik hakis kepercayaan rakyat 

DNAA kes rasuah libat ahli politik hakis kepercayaan rakyat – Bersih

SEBAHAGIAN peserta himpunan anjuran Bersih dan beberapa NGO memegang plakad berkaitan DNAA melibatkan ahli politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) individu kenamaan atau mana-mana ahli politik yang disabitkan berkaitan kes di mahkamah dikhuatiri meruntuhkan dan menghakis kepercayaan rakyat kepada institusi penguatkuasaan undang-undang.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, isu pemberian DNAA bukanlah perkara baharu malah pernah berlaku beberapa kali melibatkan ahli politik daripada hampir semua parti politik utama dalam negara.

Beliau berkata, pihaknya khuatir perkembangan itumeruntuhkan kepercayaan rakyat kepada institusi penguatkuasaan undang-undang khususnya pejabat Peguam Negara.

“Kenyataan Peguam Negara 15 Januari lalu bahawa pendakwa raya tidak perlu memberi penjelasan apabila memohon menarik semula dakwaan adalah tidak boleh diterima sama sekali.

“Terutamanya apabila kes itu melibatkan kepentingan awam dan ahli politik di peringkat tertinggi pentadbiran negara,” katanya dalam sidang akhbar dalam himpunan berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek di sini hari ini.

Katanya, sudah tiba masanya  Peguam Negara menghentikan segera pemberian DNAA kepada kes-kes rasuah khususnya yang melibatkan ahli politik.

“Kami menggesa supaya mereka yang sedang berhadapan tuduhan kes rasuah ini mempertahan diri dan dibicarakan dengan seadilnya di hadapan mahkamah, bukannya digugurkan tuduhan mereka.

“Desakan ini penting sementara menanti hasil kajian jawatankuasa bertindak oleh Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan untuk memisahkan bidang kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya,” jelasnya.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa agar untuk mengumumkan garis masa pelaksanaan pemisahan bidang kuasa ini.

“Perkara ini termasuk agenda-agenda reformasi lain termasuk reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Pendanaan Politik.

“Rakyat sedang memerhati dan sekiranya pemberian DNAA untuk kes rasuah sebegini berterusan, kepercayaan rakyat terhadap institusi awam bakal terhakis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya