CEO KWSP akan diumum dalam masa terdekat - Anwar

CEO KWSP akan diumum dalam masa terdekat – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Calon Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih dalam peringkat tapisan dan akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, calonnya akan diumumkan selepas melalui beberapa tapisan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, proses pemilihan calon bagi menyandang jawatan itu perlu dihormati di mana ada nama dikemukakan oleh pasukan yang memilih.

“Akan diputuskan segera, ia kerana proses harus dihormati, ada calon dikemukakan oleh pasukan yang memilih mengikut kepakaran masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar pada Program Pemukiman Anggota Jemaah Negeri Kerajaan Perpaduan 2024 di sini hari ini.

Ditanya sama ada sudah ada calon yang sedang dipertimbangkan, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, proses itu akan disegerakan.

“Seperti biasa, dalam semua pelantikan calon perlu lalui tapisan SPRM, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Itu (proses pemilihan) sahaja akan ambil masa beberapa minggu,” katanya.

Sebelum ini, KWSP memaklumkan, pelantikan CEO baharu akan diumumkan dalam masa terdekat susulan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×