Bekas ketua operasi syarikat kerajaan direman tiga hari

Bekas ketua operasi syarikat kerajaan direman tiga hari, beri projek kepada suami

Bekas Ketua Operasi syarikat berkaitan kerajaan direman tiga hari bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Operasi syarikat berkaitan kerajaan direman tiga hari selepas menggunakan kedudukannya bagi melantik sebuah syarikat di mana suaminya mempunyai kepentingan untuk melaksanakan kerja-kerja pengangkutan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM300,000.

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 12 Januari 2024 terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek wanita yang berusia sekitar 40-an telah ditahan pada pukul 2 petang semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Kata sumber itu, wanita berkenaan dipercayai menggunakan kedudukannya bagi melantik syarikat di mana suaminya mempunyai kepentingan untuk menjalankan kera-kerja di syarikat tempat wanita itu bekerja.

“Perbuatan ini telah dilakukan suspek pada tahun 2022 di mana wang bagi pembayaran subkontrak pengangkutan bernilai kira-kira RM280,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN