PETALING JAYA: Bekas Ketua Operasi syarikat berkaitan kerajaan direman tiga hari selepas menggunakan kedudukannya bagi melantik sebuah syarikat di mana suaminya mempunyai kepentingan untuk melaksanakan kerja-kerja pengangkutan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM300,000. Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 12 Januari 2024 terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi. Menurut sumber, suspek wanita yang berusia sekitar…










