PETALING JAYA: Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi mendedahkan ada penyampai radio stesen swasta menerima gaji mencecah RM150,000 sebulan.
Tambah pelakon hebat itu, difahamkan sehingga kini penyampai radio di stesen radio kerajaan menerima gaji paling rendah.
“Ada yang RM150,000 sebulan. Ada yang lebih (gaji RM150,000). RM5,000 hingga RM40,000 itu biasa untuk radio swasta.
“Tetapi radio kerajaan paling rendah,” katanya di satu ruangan komen.
Meninjau ruangan komen sama, ada segelintir netizen yang mendakwa ada penyampai radio menerima gaji sehingga RM500,000 sebulan di stesen radio popular.
Perkongsian aktres veteran itu dikaitkan dengan isu melibatkan penyampai radio, Tyzo yang sebelum ini ditamatkan kontrak.- UTUSAN