BN tolak kerjasama GRS bentuk kerajaan

BN tolak kerjasama GRS bentuk kerajaan

Bung Moktar Radin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) tidak akan be­kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November ini walaupun berlaku keadaan tergantung untuk membentuk kerajaan ne­geri.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sebaliknya BN akan bekerjasama dengan parti lain yang boleh dipercayai dan seimbang untuk memimpin Sabah.

“Mengapa mahu kerjasama dengan GRS? Kita tidak langsung berminat kerjasama de­ngan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Ditanya parti menjadi pilihan BN, beliau berkata, BN akan melihat potensi parti lain untuk merintis kerjasama bagi membentuk kerajaan jika keputusan DUN tergantung.

Katanya, yang penting boleh dipercayai dan ‘tidak makan kawan’.

“Banyak lagi parti di Sabah ini dilihat boleh berunding, bukan satu atau dua parti sahaja.

“Saya yakin ada parti yang seimbang dengan kita. Yang penting tidak menipu dan tidak makan kawan,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar berkata, kegagalan Sabah berpunca daripada pemimpin GRS hari ini yang pernah menganggotai kerajaan sebelum ini.

“Siapa dalam BN pada waktu itu? Hajiji (Pengerusi GRS), Masidi Manjun (Setiausaha GRS), Joachim Gunsalam (Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah), semua pemimpin GRS ini ber­ada dalam BN ketika itu.

“Mereka keluar BN sebab tia­da habuan. Jadi jangan harap­lah sebab BN akan menghentikan amalan penyelewengan dalam kerajaan.

“Rakyat Sabah berhak hidup keadaan baik dan makmur daripada hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN