Zayn Rayyan selamat dikebumikan

Zayn Rayyan selamat dikebumikan

KIRA-kira 200 ahli keluarga selain kenalan turut hadir untuk penghormatan terakhir kepada Allahyarham ketika pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang disyaki dibunuh selepas ditemukan di sebatang anak sungai berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini selamat dikebumikan petang tadi. 

Jenazah Zayn Rayyan dibawa keluar dari Masjid Al Muhtadin, Damansara Damai di sini pada pukul 6.30 petang selepas solat jenazah selesai.

Kira-kira 200 ahli keluarga selain kenalan turut hadir untuk penghormatan terakhir kepada Allahyarham ketika pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini, hari ini.

Zayn Rayyan selamat dikebumikan pada pukul 7 petang tadi.

Turut hadir sama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Masjid Al Muhtadim, Damansara Damai sebaik sahaja dituntut oleh ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Dalam perkembangan berasingan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh.

Tindakan itu diambil susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu. 

Justeru, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya