Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia

Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia

KAWASAN sungai dipercayai lokasi kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai meninggal dunia di sebuah sungai, berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini.

Tubuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemukan penduduk dianggarkan kira-kira 200 meter daripada lokasi yang dilaporkan hilang sekitar pukul 10 malam tadi.

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut, malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid yang berada di lokasi kejadian mengesahkan penemuan tersebut dan akan memaklumkan fakta kejadian sebentar lagi.-UTUSAN`

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya