Wujudkan silibus pengajian AI di sekolah, universiti

Wujudkan silibus pengajian AI di sekolah, universiti

C. SIVARAJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diseru mewujudkan silibus pembelajaran teknologi kecerdasan buatan (AI) di peringkat sekolah.

Ahli Dewan Negara, Sivaraj Chandran berkata, langkah itu sebagai persediaan negara untuk menerajui bidang itu sekali gus menjadi hub AI di peringkat serantau seperti di Singapura.

Katanya, dengan status itu, Malaysia dapat menerima manfaat dalam bentuk pelaburan dari syarikat-syarikat gergasi teknologi seperti Syarikat G42.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penubuhan Pusat Pengajian AI pertama negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia dengan peruntukan awal sebanyak RM20 juta.

“Saya melihat pengumuman ini sebagai keprihatinan kerajaan dalam mendepani perubahan dan cabaran berikutan perkembangan dalam industri AI yang dijangka mengubah landskap pekerjaan secara menyeluruh.

“Justeru saya juga ingin menarik pihak KPM untuk segera menambah baik kurikulum pendidikan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara.

Sivaraj berkata, dengan adanya pendidikan asas mengenai AI di peringkat sekolah rendah dan menengah, ia mampu menerapkan minat dalam kalangan anak muda terhadap bidang ini.

Ia sekali gus menjadikan golongan muda sebagai ‘feeder’ kepada industri pada masa akan datang yabg dipacu melalui peranan teknologi seperti AI, Big Data, Blockchain dan pelbagai teknologi lain.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru KPM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberi lebih banyak tumpuan kepada isu bunuh diri dalam kalangan remaja.

ini terutamanya dalam penyediaan dari aspek infrastruktur kesihatan, kaunseling, kesedaran selain peranan pihak sekolah dalam mencegah isu-isu berkaitan termasuk kes buli secara  lebih serius.

“Menurut laporan, sejumlah 1,142 kes bunuh diri dalam kalangan remaja dilaporkan pada tahun 2022, peningkatan sebanyak 81 peratus berbanding dengan 631 kes pada tahun 2020.

“Saya percaya angka ini akan terus meningkat akibat tekanan hidup, kes buli, isu psikososial serta persekitaran dan kesihatan mental yang menjadi tema utama kehidupan sebahagian besar masyarakat di negara kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya