Wanita ditahan bersama senjata api jenis M-16

Wanita ditahan bersama senjata M-16

SENJATA api jenis M-16 antara yang dirampas PGA selepas menahan seorang wanita di Kampung Miah, Kuala Krai, Kelantan hari ini-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lima laras senjata api termasuk jenis M-16 selepas menahan seorang wanita dalam serbuan di Kampung Miah di sini petang tadi.

Wanuta itu ditahan pada pukul 6.45 petang dalam Ops Bersepadu Khazanah Siri 4/2026 membabitkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Jabatan Perhutanan negeri.

Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komisoner Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan membawa kepada rampasan lima laras senjata api pelbagai jenis termasuk M-16.

“Suspek dan kesemua senjata api itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Radzi berkata, siasatan dijalankan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN