ALOR GAJAH: Demi melihat dan merasai sendiri kesan-kesan tinggalan sejarah berkaitan era kezaliman pemimpin tertinggi Khmer Rouge, Pol Pot di Kemboja, seorang warga emas, Rahim Amat sanggup mengharungi perjalanan sejauh 4,000 kilometer (km) dari Melaka ke negara berkenaan. Rahim yang sudah berumur 72 tahun bakal menunggang motosikal klasik jenis Vespa miliknya bersama anak lelaki dan empat lagi rakan seusia merentasi lima negara iaitu Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam dan Kemboja. Ketika…










