UPM serah kutipan Tabung UPM X untuk Palestin

UPM serah kutipan Tabung UPM X untuk Palestin

Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah (dua kiri) menyerahkan kutipan Tabung UPM X MyFundAction kepada Atirah Mohd Affandi. Di Serdang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini mengadakan majlis penyerahan kutipan Tabung UPM X MyFundAction bagi membantu rakyat Palestin di Serdang.

Tabung UPM X MyFundAction ini diwujudkan selaras dengan pelaksanaan Program Solidariti UPM Untukmu Palestin 10 November lalu di Dewan Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) UPM. Hampir 500 pelajar dan warga UPM berkumpul bagi menzahirkan solidariti ke atas rakyat Palestin yang terusan menerima kekejaman daripada Israel.

Penyerahan tabung kutipan yang berjumlah RM 31,952.14 telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah kepada wakil MyFundAction, Athirah Mohd Affandi.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA) Prof. Dr. Arifin Abdu; Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Prof. Madya Dr. Omrah Hassan@Hussin dan jTimbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) Fahmi Azar Mistar. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya