Rasmi: Barisan Nasional menang 48 kerusi, PH lapan

Rasmi: Barisan Nasional menang 48 kerusi, PH lapan

barisan nasional
WEE Ka Siong (berdiri dua dari kanan) bersama kepemimpinan BN meraikan kemenangan parti itu malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan bahawa Barisan Nasional (BN) telah memenangi 48 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memperoleh lapan.

UMNO telah menang du 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk BN, diikuti oleh MCA (lapan) dan MIC (empat).

Bagi PH, DAP memenangi enam kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing memenangi satu.

Perikatan Nasional (PN), Bersama, Muda, PSM dan parti-parti lain gagal menang sebarang kerusi.

Antara keputuan akhir PRN Johor:
RASMI: Maszlee Malik dari PH memenangi Puteri Wangsa.
RASMI: BN merampas Perling daripada PH.
RASMI: BN mengekalkan Tiram.
RASMI: PH mengekalkan Skudai.
RASMI: BN memenangi Kota Iskandar.
RASMI: BN memenangi Kempas.
RASMI: BN mengalahkan PH di Johor Jaya. PH telah memegang kerusi itu sejak 2013.
RASMI: BN memenangi Permas, Sungai Balang dan Larkin.
RASMI: BN menang Pemanis.
RASMI: BN rampas Maharani daripada PN.
RASMI: BN menang Sri Medan, Tenang, Gambir, Sungai Balang dan Senggarang.
RASMI: BN mengekalkan Bukit Naning dan Semerah.
RASMI: BN rampas Jementah daripada PH.
RASMI: PH kekalkan Senai.
RASMI: BN menang Parit Yaani.
RASMI: PH mengekalkan Stulang, Mengkibol dan Penggaram.
RASMI: BN rampas Bukit Batu daripada PH.
RASMI: BN menang Mahkota dan Bukit Permai.
RASMI: K Raven Kumar dari MIC mengekalkan kerusi Kemelah untuk BN dengan majoriti 3,838.
RASMI: Alwiyah Talib kekal di Endau. Pada 2022, dia memenangi kerusi di bawah tiket Bersatu.
RASMI: Lee Ting Han dari BN memperoleh penggal kedua di Paloh.
RASMI: BN menang Pulai Sebatang, Serom, Tenggaroh, Layang-Layang dan Bukit Pasir.
RASMI: Dr Adham Baba BN menang Pasir Raja.
RASMI: Onn Hafiz Ghazi BN mengekalkan Machap.
RASMI: BN menang Semarang, Panti dan Parit Raja.
RASMI: BN menang Penawar dan Sedili.
RASMI: BN rampas Bukit Kepong daripada PN.
RASMI: BN menang Kukup dan Johor Lama, manakala PH mempertahankan Simpang Jeram.
RASMI: BN menang Buloh Kasap dan Rengit.
RASMI: BN menang lapan kerusi —Tangkak, Bekok, Yong Peng, Kahang, Benut, Panti, Pekan Nanas dan Tanjung Surat — manakala PH menang Bentayan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN